Saturday, April 4, 2009

Register Baby Name....

Panduan mendaftar kelahiran.

Orang yang layak memohon

  • Bapa kanak-kanak
  • ibu kanak-kanak
  • penjaga kanak-kanak
  • Individu yang mengetahui kelahiran kanak-kanak
Dokuman yang perlu dibawa
  1. Borang pendaftaran kelahiran / kematian JPN/LM01 yang diisi kengkap
  2. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu bapa kandung ( asal dan salinan)
  3. kad pengenalan atau dokumen pengenalan pemaklum jika pemaklum bukan ibu bapa kandung kanak kanak (asal dan salinan)
  4. sijil perkahwinan atau sijil nikah ibu bapa ( asal dan salinan)
  5. dokumen bukti kelahiran (asal dan salinan)
  6. kad pra natal
  7. surat pengesahan kelahiran
Daftar lambat kelahiran
  • denda rm5 dikenakan jika mendaftar antara hari ke 15 hingga 42 hari daripada tarikh kelahiran
  • selepas 42 hari dari tarikh kelahiran, kompaun dikenakan tidak melebihi rm 50.

Sunday, March 22, 2009

Imunisasi For Baby

Suntikan imunisasi untuk bayi yang baru lahir adalah penting. Ini kerana tahap pertahanan badan yang terbentuk belum lagi sempurna. Oleh sebab itu suntikan imunisasi ini penting. Penyakit seperti polio, batuk kering, hepatatis a dan b, difteriadan sebagainya boleh di elak melalui imunisasi.

Dalam masa itu suntikan itu perlu dilakukan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu. Jika dilengahkan pemberian vaksin sehingga beberapa bulan, kemungkinan keseluruhan proses pevaksinan terpaksa dilakukan semula.

Secara amnya. dinyatakan apakah itu imunisasi yang diberikan kepada bayi.

1. Batuk kering (bcg)- penyakit ini merebak melalui udara disebabkan oleh bacteria mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini menyebabkan penyakit batuk kering, pendarahan dan kerosakan paru-paru. Penyakit ini merebak melalui udara.

2. Hepatis B- ini penyakit hati kronik yang merosakkan hati. Penyakit ini merebak melalui penyakit seks, kehamilan (daripada ibu kepada anak) dan hasil perkongsian jarum di kalangan penagih dadah.

3. Difteria (DPT) - Merupakan sejenis penyakit kerongkong yang terjadi berpunca daripada bakteria corynebakterium diphteriae. Masalah ini boleh menyebabkan pesakit sesak bernafas dan merebak melalui lendir ketika batuk dan bersin.

4.Pertusis - Penyakit ini disebabkan oleh bakteria bordetella pertussis yang menyerupai demam batuk selsema.

5. tetanus - BAkteria clostridium tetani yang menyerang bayi atau kanak akan menyebabkan otot di leher dan dagu menjadi tegang.

6. Polio - Penyakit ini disebabkan oleh virus polio. akibatnya daripada serangan polio, bayi atau kanak-kanak akan lumpuh. Ini kerana toksin daripada bekteria berkenaan melumpuhkan sistem otot dan urat saraf.

Wednesday, February 25, 2009

Atasi Kulit Bermasalah

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang gelap yang kusam, UV foundation Zi-Zie adalah penyelesaian untuk masalah anda. Produk ini bertindak melindungi kulit wajah daripada menjadi gelap akibat sinaran pancaran matahari (UV). Ia juga mampu melindungi kulit bermasalah, bintik-bintik hitam dan parut jerawat dari kelihatan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan ia juga boleh digunakan sebelum mengenakan solekan serta mampu memutihkan dan menyeratakan rona kulit. selaian itu produk ini juga berupaya untuk melindungi kulit wajah dari terbakar.

Erra Fazira Pregnant