Suntikan imunisasi untuk bayi yang baru lahir adalah penting. Ini kerana tahap pertahanan badan yang terbentuk belum lagi sempurna. Oleh sebab itu suntikan imunisasi ini penting. Penyakit seperti polio, batuk kering, hepatatis a dan b, difteriadan sebagainya boleh di elak melalui imunisasi.
Dalam masa itu suntikan itu perlu dilakukan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu. Jika dilengahkan pemberian vaksin sehingga beberapa bulan, kemungkinan keseluruhan proses pevaksinan terpaksa dilakukan semula.
Secara amnya. dinyatakan apakah itu imunisasi yang diberikan kepada bayi.
1. Batuk kering (bcg)- penyakit ini merebak melalui udara disebabkan oleh bacteria mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini menyebabkan penyakit batuk kering, pendarahan dan kerosakan paru-paru. Penyakit ini merebak melalui udara.
2. Hepatis B- ini penyakit hati kronik yang merosakkan hati. Penyakit ini merebak melalui penyakit seks, kehamilan (daripada ibu kepada anak) dan hasil perkongsian jarum di kalangan penagih dadah.
3. Difteria (DPT) - Merupakan sejenis penyakit kerongkong yang terjadi berpunca daripada bakteria corynebakterium diphteriae. Masalah ini boleh menyebabkan pesakit sesak bernafas dan merebak melalui lendir ketika batuk dan bersin.
4.Pertusis - Penyakit ini disebabkan oleh bakteria bordetella pertussis yang menyerupai demam batuk selsema.
5. tetanus - BAkteria clostridium tetani yang menyerang bayi atau kanak akan menyebabkan otot di leher dan dagu menjadi tegang.
6. Polio - Penyakit ini disebabkan oleh virus polio. akibatnya daripada serangan polio, bayi atau kanak-kanak akan lumpuh. Ini kerana toksin daripada bekteria berkenaan melumpuhkan sistem otot dan urat saraf.
Sunday, March 22, 2009
Imunisasi For Baby
Subscribe to:
Comments (Atom)